Tuesday, 7 January 2014

Sekilas MARA

<<<Apa itu Blog MARAPASIRMAS>>>

Assalamualaikum Usahawan/Pelajar/Pelatih dan follower setia semua.
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana secara rasminya blog MARA Pasir Mas berjaya direalisasikan di alam maya dengan kerjasama pelajar-pelajar praktikal Pejabat MARA Daerah Pasir Mas, Kelantan pada Akhir Disember 2013.
Harapan admin agar ruangan ini mampu memberi sedikit sumbangan kepada pengguna alam maya khasnya berkaitan peluang/sumbangan/pentadbiran dan pengurusan MARA Pasir Mas terutama berkaitan Aspek Pembiayaan Perniagaan, Aspek Pendidikan dan Latihan Keusahawanan MARA.
Perincian-perincian di bawah merupakan sebahagian perkhidmatan “kijo-buat” yang disediakan Pejabat MARA Daerah Pasir Mas, Kelantan khusus untuk pelanggan kami yang budiman.
Ø  ASPEK PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
o   Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) – Mudah Jaya
o   Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) – Groombig
o   Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
o   Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres MARA (SPiKE)

Ø  ASPEK PENDIDIKAN (PINJAMAN PELAJARAN)
o   Pinjaman e-pendahuluan – website:online06.mara.gov.my/ependahuluan
o   Pinjaman Pelajaran MARA (Dalam Negara) – website:www.mara.gov.com/e-                                                                    eduloan
o   Pinjaman Pelajaran MARA (Luar Negara) – website:www.mara.gov.com/e-                                                                    eduloan

Ø  ASPEK PENDIDIKAN (PELUANG PENGAJIAN)
o   Pengeluaran no. pin (secara online) bagi kemasukan ke MRSM (Tingkatan 1 dan 4) – Gantian sistem borang kepada permohonan online.
o   Pengambilan pelatih baru GiatMARA (Khususnya GiatMARA Pasir Mas dan GiatMARA Rantau Panjang, Kelantan)
o   Permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan (Peringkat diploma)
o   Penerangan berkaitan kursus-kursus di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) merangkumi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Pusat GiatMARA Malaysia, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan program-program kerjasama MARA.
§  Program pengajian merangkumi peringkat asas 3M (Menulis, Membaca, Mengira), peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan peringkat sarjana.
§  Program-program pengajian akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan boleh melayari website ini: 
     www.mara.gov.my dan apponline.mara.gov.my/upimonline

Ø  LATIHAN KEUSAHAWANAN
o   Latihan Pembentukan Usahawan (LPU)
o   Kursus Keusahawanan Jangka Pendek
o   Seminar/Taklimat Keusahawanan MARA
§  Jadual kursus dan Latihan keusahawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa



No comments:

Post a Comment