Saturday, 4 January 2014

Pejabat MARA Daerah Pasir Mas

Daerah Pasir Mas yang juga termasuk kawasan Rantau Panjang meliputi kawasan seluas 578 KM persegi yang juga bersempadan dengan Daerah Tanah Merah, Kota Bharu, Tumpat dan selatan Thailand. Pejabat MARA Daerah Pasir Mas menyelia dua buah parlimen iaitu parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang. Parliemen Pasir Mas mempunyai 3 Dun iaitu Dun Pengkalan Pasir, Chetok dan Tendong manakala Rantau Panjang mempunyai 3 Dun iaitu Dun Meranti, Bukit Tuku dan Gual Periok.Pejabat MARA Daerah Pasir Mas dibina pada tahun 1976 dan mula beroperasi pada tahun 1982 diatas tanah yang disewakan daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kadar sewaan sebanyak RM 800.00 sebulan. Sehingga kini, status tanah ini masih disewa daripada KTMB dengan perjanjian sewaan disambung setiap 3 tahun.Pejabat ini terletak di tingkat atas dan dikelilingi oleh Arked MARA Pasir Mas yang mempunyai 33 unit dan pejabat MARA telah menggunakan 4 lot daripadanya. Lokasi pejabat ini juga strategik iaitu bersebelahan hentian Bas SKMK dan terletak ditengah-tengah Bandar Pasir Mas yang memudahkan orang ramai menemui dan mengenali pejabat ini.                                      Pada bulan Jun 2012, Pejabat Mara Daerah Pasir Mas kini telah berpindah ke Bandar Baru Pasir Mas yang beralamt di  PT 8388, Lot 1B, Rumah Kedai Lubok Jong., Bandar Baru Pasir Mas, yang terletak di antara Bandar Pasir Mas dan Rantau Panjang  Pejabat ini telah membeli 5 lot bangunan daripada pemaju. Salah satu telah di jadikan sebagai pejabat Mara Daerah Pasir mas dan selebihnya untuk di beri sewa kepada penyewaSecara keseluruhannya, Pejabat MARA Daerah Pasir Mas adalah bertanggungjawab untuk mengendali dan menjalankan semua program yang dirancang di peringkat MARA Ibu Pejabat dan MARA Negeri Kelantan iaitu kearah menjamin objektif organisasi bagi “ Menggalak, Membimbing, Membantu dan Melatih masyarakat Bumiputera supaya aktif dan maju dalam bidang perdagangan dan perusahaan bagi mewujudkan masyarakat bumiputera yang berjaya dan kukuh” seterusnya mencapai matlamat utama MARA iaitu menghasilkan “Masyarakat Perdagangan dan Perinsudtrian Bumiputera”(MPPB).

No comments:

Post a Comment